PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) sudah mengemuka cadangan rasmi kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengubah jadual Terbuka Malaysia agar tidak lagi menjadi kejohanan pembuka musim Jelajah Dunia.

Setiausaha Agung BAM, Kenny Goh berkata, BAM memohon cadangan untuk Terbuka Malaysia dianjurkan sekitar Mei, manakala Masters Malaysia pula diawalkan ke Januari.

Menurutnya, permohonan itu dikemukakan serentak dengan bidaan BAM untuk mengekalkan status Terbuka Malaysia sebagai kejohanan Super 1000 bagi kitaran empat tahun baharu bermula 2027.

BAM harap kejohanan Terbuka Terbuka Malaysia dia jak ke Mei dengan status Super 1,000 dikekalkan.

“Kami sudah hantar permohonan dan bidaan, namun semuanya bergantung kepada kelulusan BWF kerana kitaran semasa tidak boleh diubah,” katanya di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.

Kontrak BAM sebagai penganjur Terbuka Malaysia bertaraf Super 1000 akan berakhir tahun ini selepas kejohanan itu diberi status tertinggi bermula 2023.

Kenny menegaskan BAM tidak mahu kejohanan bertaraf Super 1000 dianjurkan terlalu awal pada awal musim, selain mengambil kira pandangan penaja.

Cadangan itu turut selari dengan pandangan pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia, yang menggesa jadual dirombak bagi memberi ruang pemulihan lebih ideal kepada pemain elit dunia.

Dalam perkembangan lain, Kenny memaklumkan rombakan struktur kejurulatihan skuad kebangsaan dijangka diumumkan pada Mesyuarat Ahli Majlis BAM, Sabtu ini.

Bekas jurulatih Lee Zii Jia, Yeoh Kay Bin, Mohd Zakry Latif antara dua nama yang dijangka membuat penampilan baharu dalam struktur kejurulatihan selain Datuk Tey Seu Bock mungkin kembali ke skuad senior.