PEMAIN akademi Liverpool Luca Furnell-Gill yang dilihat menumbuk dan menyiku muka pemain muda Manchester United merima padah apabila dikenakan hukuman gantung lima perlawanan oleh FA England.

Rakaman pertemuan pada bulan Januari menunjukkan pertahanan Liverpool itu melakukan serangan ke atas Ethan Wheatley, dengan insiden itu tidak dihukum pengadil.

Perlawanan dramatik yang menyaksikan Manchester United menang 4-3 di Carrington, insiden jelek itu berlaku sejurus sebelum United menjaringkan gol penyamaan kedua mereka.

Ketika United yang sedang menyerang, Wheatley cuba menghalang percubaan Furnell-Gill yang cuba untuk menutup rakan sepasukannya, tetapi apabila mereka bertembung, pemain Liverpool itu menumbuknya sebelum meneruskan lariannya.

Wheatley yang terkejut tetap berdiri tetapi memegang mukanya dengan pengadil gagal memberikan sepakan percuma atas kesalahan itu.

Pegawai pasukan United yang berada di garisan tepi geram dengan tumbukan itu tetapi bintang muda United, Jayce Fitzgerald memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang itu apabila dia meledak gol beberapa saat selepas insiden itu.

Lebih banyak rakaman menunjukkan bagaimana Furnell-Gill membelakangi penyerang United, sebelum dia melemparkan siku ke muka Wheatley yang berusia 18 tahun.

Wheatley yang marah kemudian membalas serangan itu, menolak pemain pertahanan Liverpool itu sebagai tindakan balas dengan Furnell-Gill terlepas kad merah untuk kedua-dua insiden selepas pengadil terlepas pandang pada masa itu.

Luca Furnell Gill telah menerima penggantungan daripada FA. (Sumber Gambar: Getty Images)

Furnell-Gill yang hadir ke perbicaraan Independent Regulatory Commission, digantung tiga perlawanan oleh FA kerana tindakannya selepas mengaku pertuduhan tatatertib.

Bek tengah itu telah bermain lapan kali untuk The Reds dalam Liga Perdana Bawah 18 tahun musim ini dan alasan bertulis untuk sekatan mengesahkan penggantungannya bermula 16 Februari.

Dalam penjelasannya mengenai keputusan itu, suruhanjaya itu berkata: “Suruhanjaya membuat kesimpulan bahawa tindakan yang dibuat oleh LFG (Luca Furnell-Gill) adalah tidak wajar sepenuhnya, tidak boleh diterima dan merupakan kelakuan ganas yang boleh menyebabkan kemudaratan terhadap pihak lawan. Sifat ganas kesalahan itu menyebabkan banyak kebimbangan terhadap suruhanjaya.

“Oleh itu, suruhanjaya berpendapat bahawa pengenaan segera sekatan sukan, dalam bentuk penggantungan tiga perlawanan adalah sesuai dalam keadaan itu. Suruhanjaya berharap bahawa sekatan sedemikian mencukupi untuk menumpukan fikiran LFG tentang kelakuannya pada masa hadapan,”

Sementara itu, menurut laporan Liverpool Echo menjelaskan bagaimana Liverpool menangani perkara itu secara dalaman, dengan Furnell-Gill menyatakan penyesalan atas tindakannya selepas perlawanan.

Pengarah akademi Liverpool, Alex Inglethorpe juga dikatakan telah menghubungi rakan sejawatannya di Manchester United selepas perlawanan untuk memohon maaf.

Sejak pertembungan sengit itu, United terus mendominasi Liga Perdana Bawah 18 tahun, setelah memenangi 15 daripada 17 perlawanan.

Mereka mendahului 13 mata ke atas pesaing rapat, Manchester City, yang di tempat kedua, manakala Liverpool menghuni posisi ketiga, 20 mata di belakang United.