BEKAS pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin sah menyarung jersi Kelantan United FC (KUFC) bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2023.

Walaupun tidak segagah dahulu dilaman era kegemilangan bersama TRW Kelantan yang membantu meraih gelaran Treble namun pengalaman dimiliki pemain tidak dapat dinafikan bagi sesuatu kepada kelab dan pasukan pada musim 2023.

Beraksi bersama Kuala Lumpur City FC sebelum menyertai Perak FC musim lalu kehadiran Indra Putra pastinya mampu meriahkan saingan Liga-M.

Turut sama mengikut jejak langkah Indra Putra adalah bekas rakan sepasukan skuad kebangsaan Syazwan Zainon yang sebelum ini bersama Kedah Darul Aman FC.

Berstatus bekas pemain kebangsaan khidmatnya bukan sahaja ditagih untuk membantu kelab dan pasukan malah menjadi ikon pemain muda Kelantan United FC musim 2023.

Produk Frenz United yang membantu Johor Darul Ta’zim (JDT II) muncul juara Liga Premier musim lalu, Hafiy Haikal turut berjaya dibawa masuk KUFC.

Beraksi lebih 18 perlawanan musim 2022 dan membantu JDT II muncul juara Liga Premier, Hafiy baru berusia 25 tahun dan beraksi di posisi pertahanan turut pernah mewakili skuad negara pada peringkat 17 dan 20 tahun.

Sang Kijang Hijau turut membawa masuk dua pemain Penang FC, Ariff Ar-Rasyid dan pemain berpengalaman luas asal Kelantan, Latiff Suhaimi.

Ariff pemain berusia 25 tahun pada 2023, antara pemain yang kerap diturunkan Penang FC pada musim lalu dengan 23 penampilan secara keseluruhan saingan Liga Super dan Piala FA.

Bagi memantapkan bentang KUFC, pemain kelahiran Negeri Sembilan yang mewakili Melaka United FC beraksi di bek kanan Fauzan Fauzi juga menjadi sebahagian ahli keluarga Sang Kijang Hijau bagi musim 2023.