PASUKAN pelapis berbasikal Terengganu yang kini dalam program persediaan ke pentas Sukan Malaysia (SUKMA 2024) tampil dengan koleksi kit latihan terbaharu dengan reka bentuk yang lebih bertenaga berkonsepkan semangat jati diri ‘Terengganu Hanelang’ yang telah menjadi perjuangan mereka sejak sekian lama.

Koleksi baharu yang dilancarkan seawal lembaran tahun 2023 ini turut mempamerkan entiti-entiti barisan penaja untuk turut bersama-sama menyokong usaha program pembangunan sukan berbasikal sekaligus mengangkat martabat sukan berbasikal negeri Terengganu yang dipacu oleh ketua jurulatih berpengalaman besar dan juga bekas jurulatih kebangsaan Syed Mohd Husaini Syed Mazlan.

“Setinggi-tinggi terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada barisan-barisan penaja musim ini yang memberi kepercayaan kepada pasukan pembangunan sukan berbasikal negeri Terengganu.

“Ianya satu penghormatan besar buat ke semua 30 pelumba kami yang terdiri dari bakat-bakat muda yang kini dalam persediaan ke pentas Sukan Malaysia (SUKMA 2024) nanti. Sudah tentu kecemerlangan program pembangunan yang telah berjalan sejak sekian lama untuk melahirkan pelumba-pelumba berkualiti yang ada sekarang ini adalah penanda aras terbaik buat pasukan ini.

“Kami hanya pasukan kerdil yang ingin melakar kejayaan di peringkat lebih tinggi, rata-rata pelumba kami adalah mereka yang masih bersekolah dan masih belum bekerjaya sebagai pelumba profesional untuk menjana pendapatan tetap.

“Oleh itu sememangnya kami amat mengharapkan sumbangan dari rakan-rakan penaja demi pelumba-pelumba muda ini. Teramat terima kasih saya ucapkan.” ujar Syed Mohd Husaini Syed Mazlan yang telah membimbing pasukan berbasikal Terengganu selama 21 tahun sejak 2001.

Azizi Zulkifli (kiri) yang juga merupakan di antara penggiat sukan berbasikal untuk turut sama memberi sokongan dengan menyampaikan sumbangan tajaan kepada pasukan pelapis berbasikal Terengganu yang diterima oleh ketua jurulatih Syed Mohd Husaini.

AHAZ Builders Sdn. Bhd. selaku penaja utama musim ini kekal utuh untuk bersama pasukan selama enam tahun sejak 2018 merupakan penaja utama diikuti oleh Puncak Aqeem Restu dan Iron Metal Cyling Team(IMCT) yang masih komited untuk penajaan sejak 2020 sehingga kini.

Begitu juga Awe Awey Hardware, IKON Cafe, Shushi Steak House 808, GRB Cycling Club, Mee Celup Cycling Team(MCTT) dan Pro Apparel merupakan barisan entitit-entiti yang turut sama selaku penaja untuk merealisasikan momentum pasukan pelapis berbasikal Terengganu ini.

Menambah menarik, penajaan ini juga turut mendapat perhatian Pegawai Daerah Kuala Nerus, Azizi Zulkifli yang juga merupakan di antara penggiat sukan berbasikal untuk turut sama memberi sokongan.

Untuk rekod pada pentas temasya SUKMA 2022 edisi ke-20 yang lalu, pasukan berbasikal ‘Terengganu Hanelang’ terus cemerlang untuk meraih podium dengan sembilan pingat emas, 12 pingat perak dan enam pingat gangsa menjadikan keseluruhan adalah 27 jumlah pingat yang dikumpul.

Menambah sensasi kejuaraan di pentas SUKMA 2022, kem berbasikal Terengganu turut dikejutkan oleh pelumba Nor Aisyah Munirah Chek Ramli untuk melakar rekod kebangsaan baharu bagi acara 3KM Individu Pursuit Wanita dengan catatan masa 3.46.33

Kini seramai 30 pelumba muda berada dalam pasukan pelapis ini yang memberi fokus sepenuhnya bagi persediaan ke pentas SUKMA 2024 nanti. Aiman Danial, Zulhilmi Zikri, Adam Razman dan Engku Mohd Najib merupakan pelumba-pelumba senior yang masih setia untuk melakar kejayaan bersama pasukan.

Produk kecemerlangan pasukan pelapis berbasikal Terengganu ini juga turut mendapat perhatian beberapa pasukan profesional di luar sana antaranya Shamir Aiman Halim dan Khie Zie Yie kini diterima untuk bersama skuad elit Terengganu Cycling Team(TSG).

Manakala enam pelumba lagi adalah Mihd Faisal Izuddin A. Joyo, Iqbal Denial Shamsuri, Sanim Fitri Halim, Saniy Shuid, Mohd Haizam Zakaria dan Wan Ahmad Hamizan Ifwat kini berjaya untuk meneruskan kerjaya sebagai pelumba basikal di Akademi TSG sekaligus menjadi tiket sebagai pelumba profesional di pentas antarabangsa nanti.