FOTO : MOHD IZARI ROSLI
MALAM yang panjang dan penuh gemilang pasukan Johor Darul Ta’zim apabila tandukan Bergson da Silva selepas menerima hantaran Nazmi Faiz pada masa kecederaan memastikan kelab selatan tanah air itu mara ke separuh akhir dan akan menentang Penang FC.
Bryan See terbaring selepas gagal menghalang tandukan Bergson yang menerjah jaring.
Pemain JDT menerpa dan memeluk Bergson jaringan dramatik membawa JDT ke peringkat separuh akhir Piala FA 2022.
UNTUK ANDA, PENYOKONG JDT.. Bergson mempamerkan jersi no 9 miliknya kepada penonton di Stadium Hang Jebat.