REX Regum Qeon (RRQ) Tora mengakhiri minggu pertama MPL MY dengan menduduki tempat pertama di klasmen liga.
RRQ Tora yang sebelum ini menang dengan Team Rey 2-0, menutup minggu pertama dengan kemenangan bersih terhadap Team Flash.
Pemain import daripada Indonesia, Dyrennn dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas prestasi baiknya sebagai Exp Laner dalam perlawanan tersebut.
Beliau di dalam temubual selepas perlawanan mengatakan “Pasukan kami bersedia bertemu mana mana pasukan kerana tujuan kami adalah untuk melangkah ke Granfinal dan menjadi juara,”
Dalam masa yang sama, pasukan All Combo Esports (AC) berjaya menterbalikkan keadaan selepas ketinggalan satu mata menentang Bigetron My By Vitality (BTRM).
Pada pusingan pertama, Cikugais tampil dominan dengan mendapatkan Maniac di dalam perlawanan itu namun AC tampil lebih kuat selepas menewaskan Cikugais dan pasukan di dua pusingan seterusnya.
Pemain terbaik perlawanan dianugerahkan kepada midlaner AC Esports, Izanami selepas perfoma baiknya dalam membawa AC Esports ke arah kemenangan hari ini.
Bekas jurulatih organisasi Indonesia, Coach Adi yang kini mebimbing AC Esports ketika ditemubual selepas perlawanan megatakan “Yang namanya pasukan baru, bukan mudah untuk dibina, jadi kami membina daripada kosong dan bermula kuat,”
MPL MY akan bersambung kembali pada minggu hadapan hari jumaat di mana akan dibuka dengan perlawanan antara Invictus Gaming dan RRQ Tora.
Sumber gambar: Website MPL MY