PERSEORANGAN wanita Thailand, Busanan Ongbumrungphan menjadikan legenda Thailand, Boonsak Ponsana sebagai idolanya dan pemangkin kepada prestasi yang lebih baik.

Jelasnya, kunci kejayaan di Thailand adalah mereka menggalakkan sparring yang lebih banyak antara pemain untuk beraksi dengan lawan yang berbeza agar mendapat variasi input bagi membantu meningkatkan pengalaman pemain.

Selain Boonsak, dia akui kehadiran Ratchanok Inthanon telah mengubah perspektif badminton wanita dunia terhadap negara Gajah Perang itu.

“Saya rasa di Thailand kita ada beberapa pemain yang baik tetapi kita kekurangan penajaan. Tetapi di Malaysia, anda mempunyai segala-galanya.

“Bagi saya, di Thailand kami sangat kompetitif. Ratchanok sangat baik dalam perseorangan wanita dan berjaya menarik minat penonton menyaksikan badminton.

“Di Thailand, kita punyai banyak pertandingan dan dengan pemain berbeza, kami usaha sekali. Kita bina pasukan ke arah lebih baik. Saya rasa apabila kita berlatih secara spesifik, kita mampu mencari program terbaik buat kami.

“Dia juga menjadi inspirasi kepada saya. Sebelum ini saya berlatih dengan Boonsak Ponsana. Dia adalah idola saya. Saya lihat kehebatannya berfikir dan berlatih. Saya hendak jadi seperti dia,” ujarnya kepada media selepas tamat perlawanan di Arena Of Stars, Genting Highland.

Dalam perlawanan hari ini, dia berjaya menundukkan lawan dari Petaling Badminton Club (BC) , Pai Yu-Po, 6-11, 9-11, 11-8,5-11.