DANIA Sofea Zaidi memimpin badminton negara menguasai carta remaja dunia, apabila tersenarai pemain teratas ranking teratas beregu campuran dan beregu wanita.
Berdasarkan ranking kemaskini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 12 Ogos (semalam), Dania mengumpul 14,365 mata dalam senarai beregu campuran sekali gus berada di ranking nombor 1 dunia, bersama gandingannya, Datu Anif Isaac Datu Asrah dengan jumlah mata yang sama.
Mereka mengatasi Li Hong Yi (China), Gardon Thibault (Perancis) dan Cheon Hye In (Korea) di kedudukan ketiga hingga lima dunia.
Ironinya, Dania turut cemerlang dalam acara beregu wanita apabila disenarai pada ranking ketiga dunia bersama gandingannya, Low Zi Yu, masing-masing mengunpul 19,045 mata.

Mereka ketinggalan di belakang pemain Thailand, Kodchaporn Chaichana (no.1) dan Pannawee Polyiam (no.2) yang masing-masing mengumpul 20,645 mata.
Sepanjang tahun ini, gandingan Dania-Zi Yu sudah berjaya merangkul tiga kejuaraan iaitu Kejoganan Remaja Antarabangsa Belanda, Terbuka Slovakia dan Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia selain ke separuh akhir Terbuka Slovenia dan Terbuka Austria.
Gandingannya bersama Datu Anif pula menyaksikan mereka muncul naib juara di Belanda dan Malaysia.