PERLAWANAN Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Penang FC yang dijadualkan berlangsung pada Rabu akan memberikan kemasukan percuma kepada golongan wanita dan kanak-kanak wanita sahaja.

Langkah ini diambil sebagai usaha untuk menarik lebih ramai penyokong wanita dan keluarga ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, yang akan menjadi saksi kepada perlawanan terakhir KDA FC sebagai tuan rumah bagi tahun 2024.

“Seruan kepada seluruh penyokong dan peminat cilik untuk memenuhkan Stadium Darul Aman ! Kepada penyokong lelaki, jangan lupa untuk membeli tiket lebih awal memandangkan ini adalah perlawanan terakhir sebagai tuan rumah terakhir bagi tahun 2024.

“Ayuh, penuhkan SDA ! Setiap pembelian tiket anda amatlah dihargai,” menurut kenyataan rasmi KDA FC.

Sang Kenari kini menghuni kedudukan ke-11 liga, mengutip 14 mata hasil empat menang dan lima seri.