GRAF peningkatan pasangan beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei pada hujung tahun lalu gagal diteruskan apabila tersingkir seawal pusingan pertama, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025.

Berdepan pasangan nombor 26 dunia dari Denmark, Daniel Lungaard dan Mads Vestergaard, Sze Fei-Nur Izzuddin  tunduk dengan keputusan 15-21, 21-9, 21-18 dalam tempoh 52 minit.

Kekalahan ini adalah yang pertama buat Izzuddin-Sze Fei kepada pasangan Denmark itu, selepas mereka menang dalam pertemuan sebelumnya di separuh akhir Masters Abu Dhabi 2023.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani telah memampamerkan aksi terbaik di laman sendiri.

Mereka menutup musim 2024 dengan cemerlang, apabila muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China.

Sejak Ogos 2024, mereka mencatat peningkatan prestasi dengan menjuarai tiga kejohanan Jelajah Dunia, iaitu Terbuka Jepun, Terbuka China, dan Terbuka Arctic di Finland.

Pencapaian ini membolehkan mereka merampas kedudukan sebagai beregu lelaki nombor satu negara daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, selain melonjak ke ranking nombor tiga dunia.

Denmark, Daniel Lungaard dan Mads Vestergaard berjaya membalas dendam kepada Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Selepas kekalahan ini, Izzuddin-Sze Fei mengakui usaha dilakukan mereka masih belum mencukupi untuk menandingi prestasi pasangan Denmark.

“Kami sudah cuba buat yang terbaik, tetapi lawan bermain dengan lebih baik hari ini. Pergerakan kami juga tidak begitu lancar,” kata Sze Fei selepas perlawanan.

Pasangan ini dijangka kembali beraksi dalam saingan Terbuka India di New Delhi dari 14 hingga 19 Januari 2025, dengan harapan memperbaiki prestasi mereka di kejohanan seterusnya.