BAHARU sahaja skuad hoki lelaki menamatkan tugasan di Piala Dunia 2023, arena hoki negara digemparkan pula dengan keputusan Datuk Dr S.Shamala, meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berkuatkuasa pada Jumaat.

Surat peletakan jawatan Dr Shamala kepada KHM bertarikh 27 Januari 2023.

Menurut surat peletakan jawatan bertarikh 27 Januari 2023 itu, beliau turut melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Hoki Selangor.

“Sudah tiba masanya untuk saya memberi perhatian keapda masalah kesihatan saya, sejak menjalani pembedahan 2019.

“Sudah lama saya tangguhkan keputusan ini dan ianya amat sukar untuk saya putuskan. Namun, Ahli Lembaga Eksekutif KHM 2019 akan berakhir tahun ini 2023 dan pemilihan baru akan dilakukan, jadi saya rasa inilah masa terbaik,” kata Shamala.

Dr Shamala seorang yang amt komited dalam menjalankan tugasnya.

Selain memegang jawatan Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) beliau juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan KHM.

Shamala mencurah khidmat baktinya bersama KHM sejak 24 tahun lalu, pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha agung, naib presiden dan timbalan presiden.