JUSTIN Hoh membuka langkah kanan di Terbuka Hong Kong, mengiringi Leong Jun Hao ke pusingan kedua, selepas mengejutkan Toma Junior Popov dari Perancis.
Ironinya, kemenangan pertama 21-12, 21-17, ke atas pemain nombor 13 dunia itu menjadi kemenangan sulung Justin dalam kejohanan bertaraf Super500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
“Hari ini saya bermain dengan baik, lawan juga bukan mudah, tapi saya gembira kerana akhirnya dapat raih kemenangan di pentas Super 500,” ujar Justin.
Perjalanan masih jauh namun Justin tetap teruja: “Saya lebih gembira kerana dua wakil Malaysia berjaya ke pusingan 16, jadi kami akan cuba beri yang terbaik demi negara.”
Terdahulu, Jun Hao mencipta kemenangan pertama ke atas Lee Zii Jia, 21-16, 21-16 dalam tempoh 40 minit.
Kedua-duanya akan menentang sesama aendiri di pusingan kedua esok dan tentunya satu slot ke suku akhir sudah menjadi milik Malaysia.