PEMAIN perseorangan negara, Leong Jun Hao meneruskan rentak kemenangan di Masters Sepanyol apabila menewaskan pemain pilihan keenam dari Taiwan, Li Chun Yi dalam perlawanan pusingan ketiga.

Jun Hao yang menduduki ranking ke-37 dunia itu mengatasi lawannya yang menghuni ranking ke-19 dunia dengan keputusan straight set 21-17, 21-18 dalam masa 36 minit.

Ini membolehkan Jun Hao berdepan seorang lagi wakil Taiwan yang juga merupakan bekas pemain perseorangan lelaki nombor 2 dunia, Chou Tien Chen di pusingan suku akhir.

Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King merupakan satu lagi wakil negara yang masih berjuang di Masters Sepanyol.

Dalam kejohanan yang sama, beregu negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King juga mengesahkan tiket ke suku akhir selepas bangkit menewaskan beregu Taiwan, Lu Chen-Pop Li Wei dalam aksi 63 minit.

Beregu negara bermula dengan langkah kiri apabila tewas pada set pertama 18-21 sebelum bangkit semula di set kedua 21-15.

Mereka berjaya membenamkan cabaran beregu Taiwan di set ketiga 24-22 untuk bertemu pilihan kelapan dari India, Arjun Madathil Ramachandran-Dhruv Kapila di pusingan suku akhir pada Jumaat.