PENGADIL kontroversi, Felix Zwayer dari Jerman pasti akan mengadili perlawanan Belanda bertemu England pada separuh akhir Euro 2024.
Euro 2024 telah memasuki fasa separuh akhir dengan Sepanyol, Perancis, Belanda dan England mara sebagai empat pasukan terbaik.
Sepanyol akan menentang Perancis pada separuh akhir Euro 2024 pada awal pagi Rabu manakala Belanda akan berdepan England, awal pagi Khamis.
Perlawanan Sepanyol lawan Perancis akan diketuai oleh pengadil dari Slovenia, Slavko Vincic. Sementara itu, perlawanan Belanda lawan England akan diadili oleh pengadil Felix Zwayer dari Jerman.
Pengadil untuk aksi Belanda berdepan England menjadi tumpuan kerana Zwayer digantung selama enam bulan pada 2006 kerana skandal mengatur perlawanan.
Ketika itu, Zwayer mengakui ada rancangan mengatur perlawanan yang akan dijalankan bersama rakan pembantu pengadilnya iaitu Robert Hoyzer.
Zwayer dijatuhkan hukuman penggantungan tugas yang agak singkat kerana dia mengakui perbuatannya. Sementara itu, Hoyzer dilarang bertugas seumur hidup.
UEFA have appointed Felix Zwayer, who was previously convicted of match-fixing and banned for six months in 2005 after taking a €300 bribe from another official, as the referee for England vs. the Netherlands on Wednesday.
Jude Bellingham was fined €40,000 for publicly… pic.twitter.com/6We1RVTkVo
— ESPN FC (@ESPNFC) July 8, 2024
Zwayer juga menerima kritikan pedas daripada pemain pasukan England, Jude Bellingham ketika dia masih bermain untuk Borrussia Dortmund.
Ketika itu, Bellingham meluahkan rasa kecewanya kepada media kerana pengadil tidak memberikan penalti kepada Dortmund.
Akibat mengkritik pengadil, Bellingham didenda 40,000 Euro.