JURULATIH Perancis Didier Deschamps menasihatkan penonton supaya menukar saluran televisyen jika mereka merasakan perlawanan Les Bleus membosankan pada Euro 2024.
Perancis berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Euro 2024. Namun ramai yang beranggapan perlawanan Perancis di Euro 2024 membosankan serta tidak menghiburkan.
Menjawab kritikan ini, Deschamps menasihatkan penonton untuk menukar saluran dan tidak menonton perlawanan Perancis di Euro 2024.
🥁 Introducing your final four…
🇪🇸 Spain
🇫🇷 France
🇳🇱 Netherlands
🏴 EnglandWho wins it? 🤔#EURO2024 pic.twitter.com/vkQOd2Yb0x
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 6, 2024
“Jika anda bosan, sila tukar saluran. Saya tidak kisah. Anda tidak perlu menonton perlawanan kami. Ini adalah kejohanan Eropah, ia sangat sukar untuk semua orang sehingga kini.
“Ia telah berlaku kepada kami dalam edisi sebelum ini tetapi kami juga mempunyai keupayaan untuk menggembirakan ramai orang,” kata Deschamps seperti dipetik oleh Mundo Deportivo.
“Ada ketika di negara kita kita mengalami masa-masa buruk dari segi bola sepak. Saya minta maaf jika bola sepak kita membosankan, ia membuatkan saya berasa teruk,” tambah Deschamps.
😅 Didier Deschamps à un journaliste suédois : « Vous êtes Suédois vous êtes sûr ? Non vous êtes déguisé… Vous vivez en France, vous, c’est sûr »#lequipeFOOT pic.twitter.com/L3pX4rTUGN
— L’ÉQUIPE (@lequipe) July 8, 2024
Perancis layak ke pusingan 16 Euro 2024 sebagai naib juara Kumpulan D dengan mencatat satu kemenangan dan dua seri.
Pada pusingan 16 , Perancis berjaya menewaskan Belgium 1-0 dan mara ke suku akhir.
Di peringkat lapan pasukan terakhir, Perancis menang 5-3 (0-0) menerusi sepakan penalti ke atas Portugal. Kini
Perancis sedang bersiap menghadapi Sepanyol di separuh akhir Euro 2024, awal pagi Rabu.