PERANCANG tengah Terengganu FC, Faisal Halim yang kontraknya bersama skuad Peteh bakal tamat penghujung musim ini enggan mendedahkan sama ada masih kekal di Kuala Terengganu atau mahu mengambil angin baharu.
Faisal menyatakan dia berharap dapat menghadiahkan kejuaraan Piala FA tahun ini kepada Terengganu FC jika ditakdirkan memenangi perlawanan akhir keatas Johor Darul Ta’zim pada Sabtu.
Dia juga mahu memberikan aksi terbaik pada final meskipun sedar akan menjadi tumpuan barisan pertahanan JDT dan sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal.

Faisal Halim
“Kalau Terengganu juara ianya adalah saat paling gembira untuk diri saya sendiri. Sekiranya saya tidak lagi bersama Terengganu sekalipun, saya dapat hadiahkan satu piala untuk pasukan.
“Ini pentas akhir dengan dua pasukan terbaik akan berentap dengan satu pasukan akan menjadi juara. Ianya satu perjalanan yang luar biasa dan jika kita tewas sekali pun ia tidak akan menjadi kekalahan yang mengecewakan.
Sekitar sesi latihan rasmi Terengganu FC menjelang aksi Final Piala FA pada Sabtu.#PialaFA2022#petehteganupeteh pic.twitter.com/vlnPv3cNU5
— Flash Sukan (@FlashSukan) September 8, 2022
“Saya sudah buat persiapan dari segi mental dan fizikal. Jika saya dirantai oleh pemain JDT, saya pasti akan ada ruang yang akan dibuka oleh rakan sepasukan yang lain,” katanya kepada media selepas sesi latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Terengganu FC mampu mengulangi kejayaan muncul juara Piala FA pada 2011 jika berjaya mengenepikan cabaran Johor Darul Ta’zim namun ianya bukanlah mudah dan aksi Sabtu ini pastinya akan menjadi satu pertembungan yang klasik.