Select Page

Faisal letak syarat buat Terengganu FC

Faisal letak syarat buat Terengganu FC

PEMAIN lincah, Faisal Abdul Halim, meletakkan syarat buat pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) jika mahu dia terus menyarung jersi hitam putih musim depan.

Menurut Faisal, dia hanya akan kekal bersama TFC seandainya ketua jurulatih, Nafuzi Zain juga terus diberi kepercayaan membimbing pasukan itu pada 2023.

Atas sebab itu, Faisal mengakui memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat keputusan setelah menerima lima tawaran daripada kelab Liga Super.

“Ini bukan keputusan mudah untuk dibuat kerana saya dan keluarga cukup selesa di Terengganu. Termasuk TFC, ada lima kelab sedang menunggu jawapan saya.

“Namun seperti selalu saya sebutkan, jika Nafuzi kekal, saya juga akan 100 peratus kekal di TFC. Kalau dia tiada di sini, lebih baik saya cari pengalaman baharu.

“Situasi ini juga tidak disorong faktor gaji sebaliknya saya ingin lihat pasukan mana lebih menghargai bakat dan pengorbanan saya,” ujarnya kepada FLASH SUKAN.

Malah, bekas pemain Sri Pahang FC itu mengakui pasti kecewa sekiranya berjaya membantu TFC ke pentas Piala AFC tetapi tidak dapat bersama pasukan itu musim depan.

Faisal menjelaskan, pihak pengurusan lebih arif tentang perancangan pasukan itu sambil berharap semua pihak terima keputusannya dengan hati terbuka.

“Jika masih ada jodoh dengan TFC, kami akan buat yang terbaik namun jika sebaliknya, doakan kejayaan saya di tempat baharu,” katanya.

Video Terkini

Loading...