Select Page

Bergson belum terlalu ‘excited’, mahu terus fokus baki empat aksi liga

Bergson belum terlalu ‘excited’, mahu terus fokus baki empat aksi liga

PENYERANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk jumlah 24 jaringan musim ini dalam membantu JDT bergelar juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

Pemain kelahiran Brazil kini sudah pun mengalihkan fokusnya kepada perlawanan selepas ini.

“Sangat penting buat saya untuk menjaringkan gol untuk membantu kejayaan JDT menjuarai liga tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang dicapai oleh kelab ini.

“Saya sudah mula fokus untuk perlawanan akan datang dan juga Piala Malaysia kerana ianya sangat penting buat kelab selepas kita tewas musim lalu. Kami juga perlu mengambil serius empat perlawanan terakhir walaupun sudah bergelar juara kerana kami adalah JDT.

“Sekarang kami perlu berehat dan menjalani pemulihan. Tiada masa untuk meraikan kejayaan ini dan kini masanya untuk fokus kepada perlawanan selepas ini,” kata penjaring 24 gol Liga Super itu.

Dia juga turut menolak untuk membandingkan kedua-dua jurulatih yang menjadi perencana kejayaan JDT sebaliknya hanya fokus kepada tugasnya dan mahu terus memberikan kemenangan kepada JDT.

“Saya tidak mahu memberikan komen mengenai perkara ini kerana tugas saya adalah untuk bermain dan memberikan segala-galanya di dalam padang serta hanya perlu fokus dalam latihan dan berlatih bersungguh-sungguh,” ujarnya.

Sejak menyertai JDT musim lalu, Bergson berjaya memenangi liga dua kali, sekali Piala Sumbangsih dan satu Piala FA dan kini dalam laluan yang cerah untuk muncul penjaring terbanyak Liga Super sekali lagi.

Video Terkini

Loading...