FC Seoul secara rasmi mengumumkan perpindahan bekas bintang Manchester United, Jesse Lingard secara percuma dalam perpindahan blokbuster untuk K League.
Pemain antarabangsa England yang mengutip 32 kaps itu telah menandatangani perjanjian dua tahun dan tidak lama lagi akan menyertai pasukan yang lain untuk aksi pra musim di Kagoshima, Jepun.
“Berdasarkan rasa hormat kepada bola sepak Korea, saya teruja untuk mewakili Liga K secepat mungkin dengan bermain bola sepak yang baik dan dedikasi kepada pasukan baharu saya, FC Seoul. Saya tidak sabar untuk bertemu jurulatih Kim Ki-dong dan memberi impak dalam pasukan.
⚫️🔴 Lingard to FC Seoul announcement imminent.#KLeague | #린가드
📸 @2eetaxxx pic.twitter.com/2Zb0ocplI5
— Paul Neat (@NeatPaul) February 8, 2024
“Impian saya dari kecil adalah untuk bermain di Liga Perdana Inggeris. Saya sentiasa bekerja keras untuk mencapai matlamat itu. Saya sentiasa mahukan cabaran yang berbeza dan mencipta kenangan baru dalam kerjaya saya. Dan saya percaya berada di Korea Selatan adalah tempat yang sesuai untuk itu,” kata Jesse Lingard dalam laman rasmi kelab.
Lingard bermain 232 kali untuk Manchester United, menjaringkan 35 dan mencipta umpanan 21 gol dalam semua pertandingan. Dia mempunyai pingat Piala FA, Piala Liga, dan Liga Europa serta mempunyai 32 caps dan enam gol untuk England.
Enam daripada penampilan England itu adalah pada Piala Dunia 2018 di mana Three Lions mara ke separuh akhir.