DUA jaringan Sri Pahang FC di babak pertama memberikan kelebihan gol tempat lawan dalam keputusan seri 2-2 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) III dalam aksi Final 1 Piala Presiden 2022 sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, tuan rumah mencipta lebih banyak peluang dan Syukur Fariz Januri membuka jaringan minit ke-14 .

Namun, ianya tidak kekal lama apabila pelawat berjaya bangkit menyamakan kedudukan dan mendahului JDT III dalam masa empat minit hasil sentuhan Luqman Hakim Sukemi m-20 dan Hasnul Zaim Zafri m-24.

Bersambung babak kedua, JDT III tidak berputus asa dan melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang lawan.

Intensiti permainan dipertingkat dan hasilnya skuad bimbingan Javier Jorda Ribera kembali menyamakan kedudukan oleh Danie Asyraf Fadzli pada penghujung permaian sebelum wisel penamat.

Final 2 akan berlangsung di Stadium MP Temerloh pada 28 Ogos ini.