PAHANG Rangers FC terus mengekalkan rekod tanpa kalah apabila mencatat kemenangan bergaya 7- 3 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final pertama Liga Premier Futsal Malaysia 2023 (MPFL23) di Stadium SUKPA, Kuantan pada Sabtu.
Pada aksi awal permainan menyaksikan JDT terlebih dahulu memecahkan gawang gol tuan rumah hasil sepakan penalti daripada Awalluddin Mat Nawi pada minit ke-7 kerana berlaku kekasaran antara pemain dan penjaga gol

Pemain-pemain JDT meraikan gol pertama pasukan.
Pahang Rangers yang dilihat menguasai permainan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 sama jaringan daripada Harith Na’im Nasir manakala gol daripada Sufri Shamil sekaligus memintas JDT 2-1 pada minit 9 dan ke-10.
JDT sekali lagi mendapatkan gol yang kedua buat skuad Harimau Selatan hasil jaringan daripada Abu Haniffa Hasan pada minit ke-16 menjadikan kedudukan seri 2-2.
Gol mudah diperolehi untuk Pahang Rangers hasil daripada Sergio Jamur pada minit ke-18 apabila penjaga gol JDT, Hadee melakukan kesilapan dengan meninggalkan gawang gol sekaligus meletakkan Pahang dihadapan 3-2.

Keputusan kekal 4-2 sehingga habis separuh masa pertama.
Harith Naim melengkapkan hatriknya apabila mendapatkan dua gol sekaligus pada minit ke-28 buat pasukan menjadikan JDT ketinggalan dua mata di belakang, 6-2.

Awaluddin Mat Nawi berjaya menumpaskan penjaga gol Pahang Rangers setelah mendapatkan gol ketiga pada minit 35 dengan kedudukan 5-3.
Gol keempat daripada Harith Naim menjadi penutup kedudukan buat skuad bimbingan Gerard Casas pada minit ke-38 sekaligus meraikan kemenangan pada final pertama dengan 7-3.
Aksi final kedua akan berlangsung pada 14 Ogos ini di Johor Bahru.