BUAT julung kali peminat MMA dapat menyaksikan acara berprestij Kejohanan Fire Cage Fighting (Fire Cage FC) yang dijadualkan bakal berlangsung di N9 Arena, Negeri Sembilan pada 22 Februari 2025.
Menampilkan jagoan UFC dan RIZIN, pertarungan bersejarah ini menyaksikan perebutan dua gelaran utama disamping tersenarai dalam kalender antarabangsa membabitkan penyertaan jaguh daripada enam negara serta bersaing hebat dengan jaguh dari Malaysia.
Pertarungan kejuaraan Kelas Dunia bersama jaguh UFC dan bintang RIZIN menjadi acara tumpuan bagi merebut Kejuaraan Dunia Welterweight, di mana legenda MMA Brazil dan veteran UFC, Gleison Tibau berdepan superstar MMA dari Jepun, Kiichi Kunimoto di mana kedua-duanya pernah bertarung di UFC dan RIZIN.
Bagi gelaran Kejuaraan Dunia Lightweight pula menyaksikan pertarungan bekas jaguh UFC dari Brazil, Diego Nunes yang juga veteran Bellator berdepan bintang Filipina iaitu bekas juara Abu Dhabi Warriors dengan pengalaman di UFC, Rolando Dy.
Mereka dikenali memiliki tenaga kuat dan kemahiran teknikal tinggi seterusnya menjadi ia pertarungan yang harus ditonton.
Himpunan jaguh MMA tempatan dan antarabangsa
Fire Cage FC membabitkan penyertaan petarung dari enam negara termasuk Brazil, Jepun, Filipina dan lebih istimewa berada dalam kalender antarabangsa.
Lebih menarik adalah enam pertembungan tempatan yang diaturkan khas di mana petarung Malaysia akan berpeluang berdepan lawan antarabangsa yang pastinya menjanjikan saingan hebat bat bakat MMA Malaysia di peringkat global.
“Bukan hanya membawakan bintang antarabangsa, acara ini adalah mengenai memberi peluang kepada jaguh Malaysia untuk bertarung disamping antara yang terbaik dalam dunia.
“Fire Cage FC meletakkan satu penanda aras baharu untuk MMA di Malaysia dan kami sangat berbangga untuk mempersembahkan barisan yang pelbagai ini,” kata jurucakap penganjur.
Agilan Thani menentang Garath Vaughan
Peminat aksi pertarungan pasti teruja dengan kehadiran jaguh welterweight Malaysia Agilan Thani. Dikenali sebagai bekas pencabar Gelaran Dunia ONE Welterweight dan salah seorang atlet MMA yang paling terkenal di negara ini.
Agilan terkenal dengan aksi luar biasa dan kepulangannya di ibu kota bagi mewakili negara pastinya dinantikan peminat tanah air.

Jaguh welterweight Malaysia Agilan Thani.
Berdepan pencabar hebat Garath Vaughan, seorang pejuang yang hebat dari gym SBG sebuah lokasi terkenal di Ireland yang diketuai oleh John Kavanagh juga merupakan Ketua Jurulatih Legenda UFC, Conor McGregor.
Perlawanan mendebarkan pastinya memcuri tumpuan peminat tempatan kerana membabitkan pertarungan jaguh bertaraf dunia.