Select Page

Fred, Garnecho julang United ke suku akhir

Fred, Garnecho julang United ke suku akhir

SELEPAS merangkul Piala Carabao, Manchester United ke mara suku akhir Piala FA selepas berjaya menundukkan West Ham United 3-1 di Old Trafford awal pagi Khamis.

United bagaimanapun dikejutkan dengan gol sulung The Hammers pada minit ke-54 menerusi jaringan Said Benrahma.

Pemain sayap Algeria itu berjaya menggelecek beberapa pemain United sebelum melepaskan rembatan lencong menewaskan penjaga gol David de Gea.

Tersentak dengan jaringan itu, Red Devils kembali memperkemas serangan dan berjaya memperoleh gol penyamaan hasil kesilapan pemain lawan, Nayef Aguerd yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-77.

Bagaikan menerima tonik, Alejandro Garnecho dan Fred berjaya meledak bagi menutup malam gemilang United di Old Trafford dengan memastikan slot ke separuh akhir sudahpun ditempah.

Dengan keputusan ini, Manchester United mara ke suku akhir Piala FA dan bakal bertemu Fulham. Selepas ini, mereka kembali ke saingan EPL di mana Liverpool menjadi lawan mereka pada tengah malam 6 Februari.

Video Terkini

Loading...