SELEPAS gagal mendapatkan Mykhaylo Mudryk yang membuat keputusan menyertai Chelsea, pemain sayap Bayer Leverkusen, Moussa Diaby kini berada dalam ‘senarai pendek’ Arsenal.

Mikel Arteta dilihat berminat mendapatkan Diaby dalam usaha memperkuatkan pasukan ketika mereka kini berada dalam keadaan terbaik menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arsenal kini dikatakan bersaing dengan Newcastle United untuk mendapatkan tandatangan Diaby, berusia 23 tahun yang telah menjaringkan enam gol dan tiga hantaran dalam 15 perlawanan Bundesliga musim ini.

The Magpies telah mencuba mendapatkannya pada musim panas lalu namun gagal, walau bagaimanapun telah mengalihkan perhatian mereka ke arah Diaby semula ketika mereka mengintai penamat empat teratas.

Arsenal telah pun dikaitkan dengan beberapa pemain antaranya Mudryk dan Joao Felix dengan kedua-duanya muncul di Stamford Bridge, menyertai Chelsea selepas beberapa minggu spekulasi mengenai masa depan mereka.

The Gunners juga telah melihat kemungkinan perpindahan untuk Diaby tahun lalu, walaupun mereka diberitahu mereka perlu membayar 63 juta pound (RM328 juta) untuk membawanya ke Emirates.

Diaby juga seorang penyerang yang serba boleh, mampu bermain sama ada di sayap atau di belakang penyerang yang boleh membantu Arteta satu lagi pilihan serangan unik yang boleh memenuhi pelbagai tugas.