PERMULAAN di hari kedua Kejohanan Badminton Terbuka India bermula dengan langkah kanan apabila juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mempamerkan aksi memukau menewaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Kai Wun Tee 23-21 21-10 dalam aksi yang mengambil masa hanya 30 minit untuk ditamatkan.

Manakala, wakil perseorangan negara, Liew Daren gagal meneruskan perjuangannya di kejohanan kali ini apabila dihimpit isu yang sama apabila terpaksa menarik diri sama seperti di Terbuka Malaysia ekoran kecederaan yang dialaminya.

Dalam aksi tersebut, Daren membuat keputusan menarik diri setelah ketinggalan 9-1 di set pertama.

Beralih kepada perkembangan gandingan beregu campuran negara, Shevon Jamie Lai-Goh Soon Huat turut gagal memberi cabaran kepada pasangan ranking nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong apabila tumpas mudah 21-11 21-7 dalam pertarungan straight set yang hanya mengambil masa 28 minit untuk tamat.

 

Menyusul sesi petang ke malam

Ng Tze Yong (MAS) vs Li Shi Feng (CHN)

Lee Zii Jia (MAS) vs Rhustavito (IDN)

Ong Yew Sin-Teo Ee Yie (MAS) vs Akira Koga-Taichi Saito (JPN)

Chen Tang Jie- Toh Ee Wei (MAS) vs Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing (IDN)

Pearly Tan – M.Thinaah (MAS) vs Shikha Gautam- Ashwini. K.Bhat (IDN)

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (MAS) vs Dejan Ferdinansyah-G Widjaja (IDN)