SELANGOR FC mencapai sasaran untuk mengutip tiga mata pada aksi pembukaan Liga Super apabila menewaskan Kelantan United dengan kemenangan tipis 1-0 di di Stadium MBPJ, Ahad.
Gelombang Merah bermula dengan jaringan Yazan Mousa Mahmoud Abu Al-Arab yang menanduk kemas sepakan penjuru yang diambil Mohamad Faisal Abdul Halim sekaligus menyaksikan Gergasi Merah mendahului pelawat 1-0.
Asakan bertali arus direncanakan Selangor FC menerusi beberapa hantaran merbahaya ke kubu lawan menerusi Yohandry Jose Orozco Cujia namun penyudahnya gagal menemui sasaran.
Selangor FC turut mendapat suntikan semangat dari penyokong dengan kehadiran seramai 6701 penonton yang hadir menyaksikan aksi tersebut.
Brendan Gan yang merakam penampilan ke-200 liga keseluruahan malam ini mempunyai peluang keemasan meletakkan Selangor FC di hadapan pada minit ke- 80 namun rembatannya sedikit tersasar melewati palang gol Kelantan United FC.
Deretan peluang hadir kali ini menerusi hantaran Mukhairi Ajmal Mahadi yang ditanduk kencang Ayron Del Valle Rodriguez namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan United FC, Ahmad Asyraaf Omar.
Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat menyaksikan Selangor FC mengutip tiga mata penuh dalam aksi di laman sendiri biarpun penyudah Gergasi Merah masih belum berfungsi sepenuhnya.