KELAB Getafe telah menggunakan daya tarikannya untuk meyakinkan Mason Greenwood bahawa masa depannya terletak di Sepanyol.

Pemain penyerang itu telah menyertai pasukan LaLiga itu secara pinjaman pada bulan September lalu setelah Manchester United memutuskan Greenwood tidak boleh bermain untuk mereka selepas dituduh dengan pelbagai kesalahan.

Greenwood telah menafikan semua pertuduhan ke atasnya dan pertuduhan tersebut kemudiannya dibatalkan oleh The Crown Prosecution Service (CPS).

Penyerang itu telah dipinjamkan ke pasukan Sepanyol pada hari terakhir musim perpindahan dan cuba memulihkan kerjayanya dari tumpuan ramai.

Greenwood yang telah merekodkan tiga gol dan dua bantuan dalam sembilan perlawanan, menyesuaikan diri dengan cara hidup di Sepanyol bersama pasangan dan anak perempuannya.

Pemain berusia 22 tahun itu kekal sebagai pemain United dan berada di bawah kontrak sehingga 2025. Namun, bos Getafe berharap untuk menarik Greenwood dari Old Trafford lebih awal dan merancang untuk membuat perbincangan untuk perjanjian.

Sumber berkata: “Getafe telah membincangkan usaha untuk mendapatkan United ke meja rundingan supaya mereka boleh membuat tawaran, yang mereka percaya boleh menarik United untuk melepaskan Mason dari senarai gaji mereka.”

“Berkemungkinan pilihan yang akan dipilih United adalah mereka bersetuju untuk melanjutkan tempoh pinjaman kerana mereka tahu Mason gembira dan sedang membina semula kehidupannya. Mereka tahu dia perlu matang dan mahu dia berbuat demikian – dan setakat ini, pinjaman Getafe berjalan dengan lancar untuk semua orang.”

Namun, hal ini berlaku selepas guru perpindahan Paul Mitchell dilaporkan menyaksikan Greenwood dalam kekalahan 1-0 Cadiz pada Isnin lalu. Mancunian Mitchell, 42, telah dikaitkan menyertai Red Devils setelah Sir Jim Ratcliffe melengkapkan pembelian 25 peratus saham kelabnya.