MALAYSIAN Football League (MFL) hari ini mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama MFL.
Kedua-dua pihak kini dalam proses perbincangan untuk tindakan seterusnya.
“Buat sementara ini, operasi sekretariat MFL akan diterajui oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd,” menurut kenyataan dari MFL.
Untuk rekod, Rossi, yang berasal dari Itali, mula menjawat jawatan sebagai CEO MFL pada awal September 2024, menggantikan Datuk Stuart Ramalingam.
Beliau bukanlah nama asing dalam arena bola sepak Malaysia, setelah pernah berkhidmat sebagai wakil LaLiga Global Network Malaysia sebelum ini.
Karier Rossi di Malaysia bermula pada 2017 sebagai Delegasi LaLiga, di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengukuhkan jenama liga Sepanyol sehingga 2021.