MALAYSIA akan memulakan kempen pusingan ke-3 Kelayakan Piala Asia AFC 2027 menentang Nepal pada 25 Mac di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.
Pengumuman ini disahkan selepas kemas kini di laman rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), yang menyatakan bahawa perlawanan pembukaan Kumpulan F Harimau Malaya akan berlangsung di gelanggang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ini menandakan kepulangan pasukan kebangsaan ke SSI selepas hampir dua tahun, kali terakhir beraksi di stadium berprestij itu dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 28 Mac 2023.