PENYERANG prolifik Poland, Robert Lewandowski berjaya meledak gol pertamanya buat pasukan Barcelona ketika menentang Real Sociedad dalam aksi La Liga awal pagi Isnin.

Lebih manis lagi, gol tersebut terhasil pada  hari kelahirannya yang ke-34 dan ianya berjaya dihasilkan seawal 47 saat perlawanan bermula hasil hantaran lintang rendah Alejandro Balde.

Lewandowski sekali lagi menggegar gawang pada minit ke-68 sekaligus menyaksikan dua gol dijaringkan dalam debut bersama The Catalan.

Lewandowski berjaya meledak dua gol sempena debut bersama The Catalan dan hari kelahirannya.

Lain-lain gol dijaringkan Dembele dan Fati Vieira manakala gol tunggal Real Sociedad hadir menerusi Isak seawal minit ke-6 perlawanan.

Pemain kelahiran Warsaw itu menyertai Barca dengan yuran perpindahan berjumlah 42 juta Euro dengan masih berbaki kontrak selama satu tahun bersama kelab Bayern Munich.

Barca kini menghuni carta kelima saingan La Liga dan akan menjalani siri perlawanan persahabatan bertemu Manchester City Rabu ini dan kemudiannya kembali meneruskan saingan menerima kunjungan Real Valladolid di Nou Camp pada Ahad.