MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan tiada ruang untuk keganasan dan anasir yang mengancam keselamatan rakyat selepas insiden menimpa anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang diserang secara fizikal dan dicucuk jarum suntikan oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Selasa.
Hannah menzahirkan rasa sedih dan kecewa atas kejadian tersebut yang disifatkan tidak berperikemanusiaan, apatah lagi melibatkan seorang kanak-kanak.
Beliau menegaskan, dalam sebuah negara aman dengan sistem undang-undang yang kukuh, tindakan sebegini sama sekali tidak wajar berlaku.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan segera bagi memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan serta menjamin keselamatan awam.
Dalam masa sama, Hannah mendoakan kesembuhan anak Rafizi dan kekuatan buat keluarga itu untuk menghadapi ujian tersebut.