THE Red Giant, mengesahkan bahawa penyokong mereka dibenarkan menghadiri perlawanan menentang Lion City Sailors pada 1 Oktober 2025 di Stadium Bishan, Singapura tetapi pihak berkuasa tempatan menetapkan kuota maksimum 5% daripada kapasiti stadium, bersamaan 120 penyokong daripada jumlah keseluruhan 2,400 penonton, selaras dengan peraturan AFC.
Pihak Kelab telah berbincang dengan pihak Lion City Sailors untuk menambah kuota penyokong Gergasi Merah, namun keputusan muktamad dibuat oleh pihak berkuasa Singapura berdasarkan pertimbangan keselamatan dan operasi perlawanan.
Di laman sosial media rasmi mereka, Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi, baik di dalam negara mahupun di luar negara. Walaupun kuota terhad, kelab yakin semangat dan sorakan penyokong Gergasi Merah tetap akan bergema di Stadium Bishan.
Kredit Gambar : Selangorfc.com