KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyambut hari kelahirannya yang ke-43 dengan bergaya apabila berjaya mencatat kemenangan ke-100 sepanjang membimbing JDT sejak 2017.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi kelab, jurulatih kelahiran Mexico itu berjaya mencatat 100 kemenangan dari 145 perlawanan atau 69 peratus dengan 315 jaringan dan 66 ‘clean sheets’ dapat dirakamkan.

Mora berjaya memenangi tiga kejuaraan Liga Super, empat trofi Piala Sumbangsih dan juga satu gelaran Piala Malaysia dengan kejayaan terbaharu berjaya membawa JDT layak ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL).

JDT berjaya merampas semula kedudukan tangga teratas liga apabila membelasah Selangor 5-1 dengan dua gol dari Bergson dan masing-masing satu dari Fernando Forestieri, Leandro Velasquez dan Mohamadou Sumareh melengkapkan malam gemilang Mora dan Harimau Selatan. Happy Birthday Mora.