KELAB Serie A, Inter Milan sekadar seri 1-1 ketika bertemu Al Nassr yang dibintangi Cristiano Ronaldo dalam perlawanan ujian di Stadium Nagai, Osaka, pada Khamis.
Al Nassr mendapat peluang pertama apabila permainan berlangsung kira-kira lapan minit. Seko Fofana melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang melepasi palang.
Pada minit ke-17 giliran Inter untuk mendapatkan peluang menerusi Lautaro Martinez. Tetapi rembatannya masih belum menghasilkan gol menentang Al Nassr.
Abdulrahman Ghareeb berjaya membawa Al Nassr 1-0 di hadapan pada minit ke-23. Namun Inter berjaya membalas menerusi jaringan Davide Frattessi pada minit ke-44.
⌛️ || Full time, @AlNassrFC 1:1 #Inter
Ghareeb ⚽️#AlNassrInter#AlNassrJapanTour2023 pic.twitter.com/oQM47cq3Ci— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) July 27, 2023
Barisan pemain :
Al Nassr (4-2-3-1): Nawaf Al-Aqidi; Sultan Alganham, Ali Lajami, Abdullah Madu, Alex Telles; Marcelo Brozovic, Seko Fofana; Khalid Al-Ghannam, Anderson Talisca, Abdulrahman Abdullah Ghareb; Cristiano Ronaldo
Inter Milan (3-5-2): Filip Stankovic; Yann Bisseck, Stefan de Vrij, Alessandro Bastoni; Denzel Dumfries, Davide Frattesi, Hakan Calhanoglu, Nicolo Barella, Robin Gosens; Joaquin Correa, Lautaro Martinez