KELAB gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) masih berusaha untuk mengekalkan khidmat Lionel Messi dengan menawarkan lanjutan kontrak kepada pemenang Piala Dunia 2022 itu.

Spekulasi mengenai masa depan Lionel Messi dengan PSG memang menjadi bahan perbincangan dalam beberapa bulan terakhir ini kerana kontraknya bakal tamat pada akhir musim 2022-2023 dan bintang dunia ini mungkin menjadi pemain ‘free agent‘ menjelang musim panas nanti.

Perkara ini sudah pasti membuatkan banyak kelab-kelab mahu berbelanja besar mendapatkan khidmat Messi yang masih bernilai meskipun dia sudah berusia 35 tahun.

Lionel Messi

Ini adalah lima kelab yang dijangka mampu menarik minat Lionel Messi sekiranya PSG tidak melanjutkan kontraknya musim panas ini.

1. Barcelona 

Kelab gergasi Sepanyol ini sentiasa membuka pintu menyambut kepulangan Messi dengan presiden kelab, Joan Laporta sering kali menyatakan keinginannya untuk melihat pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu ke Nou Camp.

2. Manchester City

Sesuatu yang tidak mustahil jika Messi memilih Manchester City kerana adanya Pep Guardiola sebagai pengurus pasukan. Di bawah kendalian Guardiola, Messi meraih pelbagai kejayaan ketika di Barcelona.

Pep Guardiola

3. Inter Miami

Messi mungkin juga berkelana ke Amerika Syarikat untuk bermain di MLS bersama Inter Miami. Kelab milik David Beckham itu memang diketahui sudah lama mahu membawa ‘The Goat’ untuk bermain dengan kelab kebanggaannya.

4. Al-Hilal

Liga Pro Saudi kini semakin mendapat perhatian para peminat bola sepak dan ia mungkin boleh menjadi destinasi pilihan Messi selepas ini ditambah seteru utama mereka Al-Nassr sudah membawa masuk Cristiano Ronaldo dari Manchester United.

5. Newell’s Old Boys

Paling tidak, mungkin Messi akan kembali ke Argentina dan menyertai kelab pertama dalam kariernya Newells Old Boys.

Kemana pun Messi pergi, pasti akan membawa kesan positif kepada kelab dan juga Liga yang disertai terutama dari segi komersil dan PSG sudah pasti akan memastikan Messi kekal di Paris.