Pengendali baharu KL City, Risto Vidakovic mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu awal membuat penilaian terhadap kekuatan pasukannya menjelang musim Liga M 2025/2026. Katanya, skuad Warga Kota masih dalam fasa awal membentuk keserasian antara pemain.

“Hari ini (Sabtu lalu) baru hari pertama latihan, kami hanya buat sesi ringan sebab ramai pemain baru sertai pasukan. Latihan lebih intensif hanya akan bermula selepas beberapa hari,” katanya yang jelas mahu mengelak tekanan awal.

Menurut Vidakovic, kemasukan ramai muka baharu memberi harapan tinggi kepada penyokong, namun pasukan ini tetap dianggapbaru’ dan perlu masa untuk benar-benar kuat. Fokus utamanya kini adalah membina keserasian dan memperkukuh asas taktikal.

Pengendali berusia 56 tahun itu pernah menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan Serbia dan berpengalaman selama lapan tahun membimbing lima kelab di Asia Tenggara. Ini memberi kelebihan kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan pantas.

“Saya percaya pemain di rantau ini ada banyak persamaan dari segi teknikal, taktikal dan sikap. Saya akan manfaatkan pengalaman ini untuk memahami mereka dan membentuk pasukan yang mantap,” ujar Vidakovic.

Beliau juga menyatakan bahawa dia sudah mengenali beberapa pemain KL City kerana pernah bertemu mereka sebagai lawan sebelum ini. Namun, katanya lagi, membentukkeserasian kekal sebagai cabaran utama.

Dalam perkembangan lain, Vidakovic memberi cuti tambahan kepada kapten pasukan, Paulo Josue, susulan pembabitannya bersama skuad kebangsaan baru-baru ini. Beliau mahu pemainitu kembali dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik.

“Josue tamat tugasan kebangsaan 15 hari lalu, jadi dia perlukan lebih masa untuk pulih. Dia pemain professional berpengalaman dan sudah pasti dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk kembali di tahap terbaik bersama pasukan,” jelasnya.