JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) berlepas ke Jepun hari ini untuk meneruskan cabaran dalam pusingan 16 terbaik kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022.
Juara lapan kali Liga Super itu dijadualkan bertemu wakil Jepun, Urawa Red Diamond di Stadium Shibuya pada 19 Ogos depan sekaligus mencipta sejarah muncul kelab pertama Malaysia beraksi di peringkat ini.
Berdasarkan hantaran yang dibuat oleh laman sosial rasmi kelab, kesemua pemain utama dan simpanan dibawa ke negara matahari terbit itu termasuk penyerang kebangsaan, Guilherme De Paula.
Japan calling 📞 🇯🇵
More photos at https://t.co/8CPahfWFX7#JDT #LuaskanKuasamuJohor #JDTForAll pic.twitter.com/fTfunBXkBe
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 14, 2022
Turut kelihatan adalah pemain warisan Indonesia, Jordi Amat yang baharu sahaja melengkapkan proses kewarganegaraan Indonesia baru-baru ini dan sedia diturunkan pada perlawanan penting itu nanti.
Perlawanan ini juga pastinya menjadi medan ujian buat pengendali baharu, Hector Bidoglio yang akan meneruskan momentum kecemerlangan JDT di ACL musim ini.
JDT layak ke peringkat 16 terbaik selepas muncul juara Kumpulan I mengenepikan juara Liga Korea, Ulsan Hyundai dan Liga Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi peringkat kumpulan yang diadakan seacra berpusat di Johor Bahru, April lalu.