JOHN Beasley sah kekal sebagai Pengarah Teknikal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Presiden PKBM, Dato’ Amarjit Singh Gill mengesahkan perkara tersebut dan menyanggah sebarang dakwaan bahawa beliau sudah mengundurkan diri daripada jawatan tersebut.
Sebelum ini, John Beasley menyatakan hasrat bagi melepaskan jawatan sebagai Pengarah Teknikal selepas tamat kontrak semasanya.
Dato’ Amarjit Singh telah mengadakan perbincangan bersama John Beasley dan hasil daripada perjumpaan itu, beliau menghormati sepenuhnya pandangan John.
“PKBM menghormati sepenuhnya pandangan John serta hak beliau untuk membuat keputusan mengenai masa depannya,” ujar beliau ketika sidang media.
Menurut beliau juga, keputusan sedemikian adalah bersifat peribadi dan wajar dihormati oleh semua pihak.
Perkara yang menjadi keutamaan kini adalah persiapan atlet negara bagi kejohanan Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
PKBM dan John masih berpegang utuh kepada prinsip yang sama iaitu kepentingan atlet mesti sentiasa didahulukan.