SKUAD Johor Tigers membuka kempen Piala Agong 2026 dengan langkah kanan apabila membenam cabaran Putrajaya XV 45-5 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Ragbi Johor, Mount Austin, 9 Mei lalu.
Kemenangan besar itu berjaya meletakkan Johor dalam kelompok awal pasukan pilihan untuk melangkah jauh musim ini selepas mempamerkan aksi cukup meyakinkan di hadapan penyokong sendiri.
Prestasi anak buah Rodney So’oialo terus mencuri perhatian apabila Johor berjaya mengutip mata maksimum sambil mempamerkan aksi cukup meyakinkan dengan menghasilkan tujuh try sepanjang perlawanan.

Tim Nanai-Williams tampil membawa pengalaman dan kualiti buat Johor Tigers dalam kempen Piala Agong 2026.
Kehadiran pemain berpengalaman seperti Tim Nanai-Williams nyata memberi impak positif buat Johor Tigers apabila pengalaman dimilikinya membantu memperkemaskan corak permainan pasukan serta membimbing pemain muda tampil lebih yakin di atas padang.
Kini fokus Johor Tigers terarah kepada aksi kedua menentang ATM pada 16 Mei ini yang dijangka menjadi ujian lebih mencabar buat skuad selatan tanah air itu berdepan pasukan berpengalaman dalam saingan domestik.
Sekiranya berjaya mengekalkan momentum kemenangan, Johor Tigers berada di landasan terbaik untuk muncul juara Kumpulan B dan mengesahkan slot ke suku akhir. Selepas aksi menentang ATM, Johor bakal membuat perhitungan dengan Kedah sebelum menutup saingan kumpulan bertemu Negeri Sembilan di Mount Austin pada 30 Mei ini.
Dengan permulaan positif serta barisan pemain berkualiti, Johor Tigers dilihat berada di landasan terbaik untuk menjadi antara pencabar utama Piala Agong 2026 sekiranya mampu mengekalkan konsistensi hingga ke pentas kalah mati.
Kredit Gambar : @johorrugbyunion & @koalamir