PASUKAN Young Tigers mengakhiri kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2025 di tempat yang ke-13 dengan menumpaskan Jepun 3-0 menerusi penalti shootout selepas seri 1-1 dalam perlawanan sebenar di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan petang tadi.
Ia juga merupakan kemenangan pertama Young Tigers ke atas Jepun selepas kali terakhir menewaskan pasukan Matahari Terbit itu pada tahun 2019.

Anak buah Nor Saiful Zaini menampilkan aksi yang konsisten dalam perlawanan, sekaligus menyukarkan pasukan Jepun daripada beraksi dengan keupayaan yang sebenar.
Maaysia mendahului perlawanan menerusi gol pukulan sudut penalti Azimuddin Syakir pada minit ke-29 namun Hara Shun menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-53 untuk membawa perlawanan ke penalti shootout.

Haziq Muizuddin hero buat Young Tigers
Haziq Muizuddin menjadi wira buat Young Tigers apabila berjaya menjaga gawang daripada dibolosi dalam shootout itu manakala kapten pasukan Danish Aiman, Addy Jazmi Jamlus dan Adam Asyraf memastikan Malaysia mendapat tempat ke-13 dalam Piala Dunia Hoki Remaja kali ini.