SERAMAI 144 peserta layak ke peringkat akhir Kejohanan KBS Myladies PUBGM 2.0.
Pertandingan yang dilangsungkan secara ‘offline’ di Homebois Pitstop Petaling Jaya itu, menerima penyertaan 1,946 orang wanita,yang beraksi di pusingan awal membabitkan kategori solo dan skuad.
Pada pusingan akhir, peserta dibahagikan kepada beberapa zon, tengah (75 orang), selatan (21 orang), Borneo (20 orang), utara (15 orang) dan timur (13 orang), merebut hadiah kemenangan keseluruhan RM30,000.
Menerusi kenyataan media yang diedarkan, pusingan akhir berlangsung semalam dan berakhir hari ini, manakala pusingan awal bermula menerusi sirkit mingguan sejak 27 Ogos lalu.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menyempurnakan penybampaian hadiah wang tunai kepada pemenang pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.