LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) merupakan sebuah organisasi yang bukan sahaja mengeluarkan jadual perlawanan liga atau menentukan berapa pasukan yang layak bermain di bawah liga kelolaannya.

MFL merupakan tempat dimana kelab bola sepak tempatan akan merujuk jika berlakunya apa-apa isu atau masalah yang dialami.

MFL mempunyai modus operandi yang lengkap, termasuklah jika pasukan yang terlibat mempunyai masalah gaji.

Pihak MFL tidak sewenang-wenangnya menghukum pasukan yang mempunyai masalah gaji malah mereka akan membantu dari segi penjadualan untuk membayar separuh mahupun penuh gaji yang tertinggak kepada pemain serta pegawai pasukan yang terlibat.

Namun, jika pasukan itu gagal untuk membayar gaji tertunggak, MFL akan mengeluarkan amaran pertama, kedua dan terakhir sebelum diambil tindakan seperti permotongan mata atau lagi teruk ditendang keluar dari liga.

Dalam tempoh ini juga, pasukan yang tidak membayar gaji akan dibawa ke perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) selepas dimaklumkan oleh MFL.

Qatar 2023 : Tanda aras baharu bola sepak Asia

Datuk Seri Windsor Paul John menyatakan masalah gaji yang dilaporkan kepada Fifa adalah masalah serius.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John berkata pengurusan hutang kelab yang dilaporkan kepada Fifa dan dikenakan hukuman oleh MFL adalah perkara yang serius.

“Apabila kelab berjaya menyelesaikan hutang mereka, Fifa akan memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL mengenai penyelesaian tersebut.

“Ini biasanya berlaku apabila kelab telah menunaikan komitmen pembayaran mereka kepada pemain dan pihak yang berkepentingan yang lain,” katanya kepada FLASH SUKAN ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas isu enam kelab Liga Malaysia yang disenarai pendek dihalang daripada menandatangani pemain baharu bagi musim 2024/25.

Kelab berkenaan adalah Kuala Lumpur City FC, Kedah Darul Aman FC, Kelantan FC, Melaka United, Sarawak United dan Perlis FA.

Terdahulu, antara contoh pasukan yang pernah mengalami masalah gaji sehingga dipotong mata dan dibawa ke perhatian Fifa ialah Perak FC pada 2022.

Perak FC turut mengalami masalah gaji yang serius ketika awal 2022 sehingga dikenakan sekatan perpindahan daripada Fifa.

Perak FC pernah dikenakan pemotongan mata daripada MFL dan tidak dibenarkan untuk menandatangani pemain baharu sehingga masalah gaji selesai.

Pasukan The Bos Gaurus akhirnya berjaya mendaftar pemain baharu selepas penggantungan yang dikenakan oleh FIFA ditarik balik semula selepas berjaya menyelesaikan masalah tersebut.

Terbaru, enam buah pasukan Liga Malaysia termasuklah Kuala Lumpur City FC, Kedah Darul Aman FC dan Kelantan FC dikenakan sekatan perpindahan pemain baharu untuk musim akan datang ekoran masalah gaji.

Sungguhpun itu, KL City FC berjaya menyelesaikan masalah itu dan pergantungan terhadap mereka ditarik balik oleh Fifa hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Enam kelab Liga Malaysia digantung tandatangan pemain baharu