Select Page

Kelayakan Piala Asia B-17 2023 : Harimau Muda mula kempen langkah kanan

Kelayakan Piala Asia B-17 2023 : Harimau Muda mula kempen langkah kanan

SKUAD muda negara memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-17 2023 dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan sensasi 4-0 ke atas Palestin, hari ini.

Perlawanan Kumpulan B di Stadium Pakansari, Bogor, itu menyaksikan skuad Harimau Muda B-17 kebangsaan memperoleh kesemua gol di babak kedua.

Jaringan berkenaan disumbat oleh Anjasmirza 50′, Faris Danish 68′, Arami Wafiy 74′  dan Zainurhakimi Zain 87′.

 

Keputusan positif ini pasti melegakan kem negara yang dipimpin Osmera Omaro yang sebelum perlawanan menyasarkan tiga mata untuk dipungut sebelum menghadapi aksi kedua pada Rabu.

Malaysia B-17 dijangka akan meneruskan momentum kemenangan bertemu Guam. Teruskan mengaum Harimau Muda !!

 

Palestin: Mohanad Nouri, Ibrahim Alfuqaha, Mohanned Mabassra, Rena Sabah, Ahmed Abuarra, Tareq Awawda, Mohammed Zoghayyer, Mohammed Abussaqra, Mahmoud, Ahmed Hawamda, Sulaiman

Jurulatih: Loaia Alsalehi

Malaysia: Farish, Aiman, Danish, Adib, Muhammad Danish, Afiq Danish, Arami Wafiy, Muhammad Afiq, Iskandar, Adam, Anjasmirza

Jurulatih: Osmera Omaro

Video Terkini

Loading...