PEMAIN legenda negara, Hairuddin Omar mempertaruhkan keyakinannya terhadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memacu arena bola sepak Malaysia ke arah lebih baik.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Insta Story rasminya, Hairuddin lantang menyuarakan pandangan peribadi dimana mungkin mempunyai perubahan senario bola sepak Malaysia jika ianya berada di bawah pimpinan Tunku Ismail.
Hal ini dapat dikaitkan dengan kecemerlangan pasukan gergasi, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi setiap aspek termasuk kemudahan fasiliti yang mewah sekali gus menyumbang kepada prestasi terbaik pasukan berkenaan.
“Inilah realitinya, bola sepak Malaysia memerlukan Tunku Ismail dalam semua aspek,” berdasarkan ciapan Hairuddin Omar di Insta Storynya.
Salah satu pencapaian terbaik Harimau Selatan yang terdekat adalah kejayaan mereka dalam mewakili Malaysia di peringkat Asia termasuklah menjadi wakil tunggal negara untuk beraksi di AFC Champions League Elite (ACLE).
Malam ini merupakan saingan ACLE seterusnya buat pasukan bimbingan Hector Bidoglio dalam menerima kunjungan sekali gus bakal berdepan tentangan daripada skuad kendalian Kim Pan Gon, Ulsan Hyundai.