Select Page

Kelly Tan kongsi pengalaman, ilmu golf bersama si cilik

Kelly Tan kongsi pengalaman, ilmu golf bersama si cilik

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) melalui Perbadanan Padang Golf Subang mengadakan Program “Up Close & Personal with Kelly Tan” atau Klinik Golf Bersama Kelly Tan, pemain golf wanita profesional Malaysia di Kelab Golf Negara Subang, Petaling Jaya pada Selasa.

Program ini merupakan salah satu agenda KBS untuk memberikan sumber inspirasi serta motivasi kepada golongan muda untuk aktif dalam sukan seterusnya menjadi atlet negara. Manakala penglibatan keluarga juga amat penting dari segi pemahaman dan sokongan kepada anak-anak yang meminati bidang sukan.

“Program Up Close & Personal with Kelly Tan yang diadakan hari ini khusus untuk Kelly Tan berkongsi pengalaman serta kemahiran beliau dalam sukan golf kepada peserta, bagaimana beliau bermula dalam sukan ini sehingga beliau berjaya menjadi pemain golf Wanita profesional Malaysia,” menurut kenyataan KBS.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Kelly menunjukkan cara pukulan kepada para peserta di Kelab Golf Negara Subang, Petaling Jaya pada Selasa.

Kelly Tan merupakan pemain golf wanita yang mula aktif dalam sukan golf seawal usia 12 tahun.

Untuk rekod, dia juga telah beraksi dalam dua Sukan Olimpik iaitu Sukan Olimpik Rio dan Tokyo.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada remaja perempuan yang berusia antara 12 hingga 19 tahun termasuk atlet amatur remaja turut hadir ke program itu.

 

 

Video Terkini

Loading...