AHLI Ahli Lembaga Pengarah dan warga KDA FC mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Muhammad Radhi Mat Din (Dun Alor Mengkudu) dan Baddrol Bakhtiar (Dun Gurun) yang menang dalam Pilihan Raya Negeri Sabtu lepas sekali gus bergelar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.
Kedua-dua mereka adalah bekas ketua pasukan Kedah dari dua generasi yang gemilang dengan rekod tersendiri di era kerjaya bola sepak mereka.
“YB Haji Muhammad Radhi Mat Din yang cukup terkenal dengan jolokan Kapten Marvel adalah pemain legenda yang beraksi bersama pasukan Kedah sejak 1986 hingga 2000 dan antaranya selain kejuaraan yang dikecapi zaman 90an, Haji Muhd Radhi merupakan pemain Kedah yang telah beraksi tujuh kali perlawanan akhir Piala Malaysia.
“YB Baddrol Bakhtiar pula generasi baru yang mewakili pasukan Kedah sejak 2006 hingga 2021 telah memenangi semua Piala Kejuaraan, antara pemain dengan rekod pasukan kejuaraan double treble dalam Liga Malaysia.
“Semoga daya kepimpinan mereka sebagai kapten pasukan Kedah, digelar Kapten Marvel, diberikan kekuatan untuk berkhidmat di kawasan masing-masing,” kata kenyataan rasmi KDA FC pada Isnin.