PEMAIN Sayap kebangsaan, Safawi Rasid yakin Kuala Lumpur (KL) City mampu memberi saingan hebat dalam Liga M musim 2025/2026 yang dijadual bermula Ogos ini. Pemain pinjaman dari Johor Darul Takzim (JDT) itu melihat potensi besar dalam skuad Warga Kota musim ini.
Menurut Safawi, kehadiran ramai pemain berkualiti termasuk tonggak lama seperti Paulo Josue, Giancarlo Gallifuoco dan Zhafri Yahya kekal menjadi teras kekuatan pasukan. Manakala muka baharu seperti Syamer Kutty Abba dan Manuel Hilgado pula memberi dimensi baru buat pasukan.
“Saya rasa KL City mampu jadi antara pasukan terbaik musim ini, mungkin boleh menang satu piala. Tapi keserasian antara pemain lama dan baharu perlu dibentuk segera,” kata Safawi yang kini dalam proses menyesuaikan diri pada sessi latihan pra-musim pertama pasukan semalam.
Beliau percaya proses itu tidak akan mengambil masa lama kerana ramai pemain dalampasukan kini pernah bergandingan bersama dalam skuad kebangsaan. Ini memudahkan komunikasi dan pemahaman taktikal di atas padang.
Safawi turut memuji jurulatih Risto Vidakovic yang menurutnya mempunyai pengalaman luas di Asia Tenggara. Katanya, semua pemain perlu patuh kepada perancangan taktikal yang diatur untuk memastikan kejayaan pasukan.
Kehadiran Safawi memberi kelebihan buat KL City kerana dia boleh bermain di pelbagai posisi serangan. Pemain kelahiran Dungun itu boleh beraksi di sayap kanan, kiri, tengahmenyerang mahupun sebagai penyerang utama.
Safawi dijangka bergilir bersama Haqimi Azim Rosli di bahagian sayap kanan bagimemastikan tenaga pasukan kekal segar sepanjang musim. Saingan sihat dalam pasukan juga bakal meningkatkan prestasi keseluruhan.
“Tahap setiap pemain adalah baik, tetapi setiap pemain perlu memberi aksi terbaik dalam merebut tempat. Tiada masalah untuk bersaing secara sihat demi kejayaan pasukan,” tambahSafawi yang pernah mengerah kudrat secara pinjaman bersama kelab Thailand, Ratchaburi pada 2023.