DUA gol jaringan Lee Xin Yi membolehkan Bandar Tun Razak (BTR) FC muncul juara Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2024 dengan menewaskan Setiawangsa Rangers 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur petang tadi.

Babak pertama perlawanan menyaksikan penguasaan seimbang kedua-dua pasukan yang berusaha meraih jaringan awal bagi mendapatkan kelebihan di babak pertama aksi saingan babak pertama final kali ini.

Setiawangsa Rangers kendalian Mohd Norfaes Alias beberapa kali menguji beteng BTR menerusi gandingan trio serangan Muskan Abdul Nurin Majid, Nur Syahmila Zulkifli dan juga Rabiatul Adawiyah Muhammad Nuh.

Lee Xin Yi dinobatkan anugerah Best Player selepas persembahan memukau menewaskan Setiawangsa Rangers.

Namun, benteng BTR yang diterajui Nurin Batrisya Efendy kekal tenang mematahkan segala ancaman lawan di babak pertama tatkala penjaga golnya, Norfaridah Mohd Satari turut cermelang selaku benteng akhir pasukan untuk memastikan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Tiga minit perlawanan bersambung di babak kedua, BTR hampir mengejutkan Setiawangsa apabila hantaran silang Xin Yi tepat kepada Nur Farah Wanida namun tandukannya berjaya ditepis penjaga gol lawan, Siti Shahmimi Juhan.

Gol pembukaan yang ditagih kedua-dua pasukan akkhirnya kunjung tiba minit 53, apabila Muskan berjaya melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum menyempurnakan jaringan buat Setiawangsa mendahului 1-0.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad BTR kendalian Khairol Azry Abdul Rahman melakukan beberapa perubahan taktikal dalam usaha memberi variasi baru kepada corak permainan pasukannya.

Babak pertama perlawanan menyaksikan penguasaan seimbang kedua-dua pasukan yang berusaha meraih jaringan awal bagi mendapatkan kelebihan di babak pertama aksi saingan babak pertama final kali ini.

Perubahan taktikal BTR tampak berkesan apabila Nurin Batrisya menyempurnakan sepakan percuma daripada luar kawasan penalti lawan untuk gol penyamaan pasukannya, pada minit ke-76.Tamat masa penuh perlawanan, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan dan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Empat minit perlawanan berlangsung di babak pertama masa tambahan, BTR berjaya membuka tirai jaringan apabila pemain sayap, Xin Yi bijak memperdayakan pertahanan lawan sebelum menyudakan jaringan bagi membolehkan pasukannya mendahului 2-1.

Tersentak dengan jaringan itu, Setiawangsa mula meningkatkan tempo permainan dalam usaha untuk meraih jaringan penyamaan perlawanan. Namun, usaha mereka tampak tidak kesampian dengan BTR terus ampuh bertahan.

Sebaliknya, BTR pula meraih gol ketiga pada minit 95 apabila Xin Yi sekali lagi bijak melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum menerjah gawang Setiawangsa untuk gol ketiga pasukanya sekaligus mengesahkan kejuaraan.