KEMUNCAK pasukan muda bola sepak Asia akan mengetahui lawan masing-masing apabila undian rasmi Kelayakan Piala Asia AFC Bawah 17 Tahun (B-17) Bahrain 2023 dan Kelayakan Piala Asia AFC B-20 Uzbekistan 2023 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Mei nanti.

Dua kejohanan berturut-turut ini menandakan kembalinya acara bola sepak elit remaja Asia sejak 2018 yang menyaksikan bakat muda cuba untuk mengikut jejak Sardar Azmoun, Takumi Minamino dan Akram Afif yang mencipta nama dari kejohanan remaja ini.

Undian ini akan menandakan bermulanya era baharu dengan kejohanan B-17 dan B-20 akan menggantikan kejohanan B-16 dan B-19. Pusingan kelayakan pada ini juga akan dianjurkan tanpa peringkat zon seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC.

Kelayakan Piala Asia AFC B-17 Bahrain 2023 ini dibahagikan 44 MAs (Member Associations) yang mengambil bahagian kepada 10 kumpulan berpusat dengan enam kumpulan mengandungi empat pasukan manakala empat kumpulan lagi akan mempunyai lima pasukan yang akan diadakan dari 1 hingga 9 Oktober 2022.

Sebanyak 10 negara yang menjadi tuan rumah iaitu Australia, Bangladesh, Indonesia, Jordan, Republik Kyrgyz, Oman, Arab Saudi, Tajikistan, Uzbekistan dan Vietnam akan diletakkan dalam Pot Tuan Rumah dan akan diundi terlebih dahulu.

Manakala pasukan lain yang mengambil bahagian akan diletakkan mengikut ranking berdasarkan Kejohanan B-16 Malaysia 2018 dengan Jepun, Iran, Yemen dan Thailand akan diletakkan dalam Pot 1 manakala Iraq, Malaysia, Afghanistan, China, Hong Kong dan Brunei Darussalam dalam Pot 2.

Myanmar, Timor-Leste, Qatar, Palestin, Syria, Singapore, Chinese Taipei dan Nepal dalam Pot 3 manakala Lebanon, Laos, Filipina, Mongolia, Maldives, Guam, Bhutan, Macau, Sri Lanka dan Kepulauan Marina Utara akan diletakkan dalam Pot 4. Pot 5 pula akan terdiri daripada Kuwait, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain.

Format undian dan pembahagian kumpulan yang sama turut digunakan untuk Kelayakan Piala Asia AFC B20 berdasarkan ranking Kejohanan AFC B-19 Indonesia 2018.

Bahrain, Indonesia, Iraq, Jordan, Republik Kyrgyz, Laos, Mongolia, Oman, Arab Saudi dan Tajikistan yang akan menjadi tuan rumah pusingan kelayakan dari 10 hingga 18 September 2022 akan diletakkan dalam Pot Tuan Rumah diikuti Korea Selatan, Qatar, Jepun, Thailand, Australia and UAE dalam Pot 1.

Pot 2 akan diisi oleh China, Malaysia, Vietnam, Chinese Taipei, Iran, Yemen dan Syria manakala Bangladesh, India, Myanmar, Lebanon, Macau, Hong Kong, Filipina dan Palestin dalam Pot 3.

Turkmenistan, Singapura, Timor-Leste, Maldives, Brunei Darussalam, Sri Lanka dan Nepal diletakkan dalam Pot 4 sementara Afghanistan, Bhutan, Guam, Kuwait, Kepulauan Mariana Utara dan Uzbekistan di dalam Pot 5.

Sebanyak 10 pemenang kumpulan dan lima tempat kedua terbaik akan layak ke Kejohanan Piala Asia AFC B-17 Bahrain 2023 dan Piala Asia AFC B-20 Uzbekistan 2023.