DENMARK dan Tunisia tidak pernah bertembung di pusingan akhir Piala Dunia sebelum ini, namun segala-galanya berubah malam ini apabila kedua-dua pasukan dijadual bertemu pada perlawanan pertama kumpulan D.

Perlawanan yang berlangsung jam 9 malam waktu Malaysia itu, akan berlangsung di Stadium Education City yang terletak di Al Rayyan, mampu memuatkan 40,000 penonton.

Ini adalah kali kelima Tunisia layak ke pusingan akhir Piala Dunia Fifa, namun mereka belum pernah melepasi saingan peringkat kumpulan.

Berbeza dengan Denmark yang kini dibimbing Kasper Hjulmand (gambar),  mereka pernah empat kali beraksi di pusingan kalah mati daipada lima penampilan sebelum ini.

Dengan Denmark menghuni tangga ke-10 dunia, berbanding Tunisia ke-30, pertembungan kedua-duanya dijangka sengit berikutan Tunisia mempunyai misi mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama.

Skuad Piala Dunia 2022 Denmark dianggap skuad yang mempunyai pertahanan paling kental

Denmark pula, pasti mahu memperbaiki pencapaian untuk mara lebih jauh.

Untuk rekod, Denmark dan Tunisia tidak pernah bertemu di pentas Piala Dunia.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan adalah pada perlawanan persahabatan antarabangsa yang menyaksikan Denmark menan 2-1 ke atas Tunisia.

Skuad itu kembali diperkuan Christian Eriksen, berkeyakinan tinggi selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Eropah tahun lalu.

Malah, mereka menempuh kempen kelayakan dengan cukup dominan di bawah bimbingan Kasper Hjulmand.

Dalam kumpulan D, Denmark dijangka tiada masalah mengatasi Tunisia dan Australia namun mereka pasi mahu berusaha keras mengatasi Perancis, bagi mengelak undian sukar di pusingan 16 terbaik kerana naib juara kumpulan D berkemungkinan berdepan Argentina yang dijangka menjuarai kumpula C.

Denmark ‘Dynamite’ tidak gentar pada mana-mana lawan, memenangi sembilan daripada 10 perlawanan kelayakan Piala Dunia dan tidak melepaskan gol dalam lapan perlawanan pertama mereka, menamatkan saingan di kedudukan teratas kumpulan F kelayakan Eropah dengan 27 mata.

Mampukah barisan pemain Tunisia cipta keajaiban dalam saingan kumpulan D

Pertahanan tersusun pasukan ini menjadi kunci utama. Pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen cukup hebat bergandingan dengan pemain Barcelona, Andreas Christensen sepanjang ketiadaan kapten Simon Kjaer yang cedera ketika pusingan kelayakan. Kini, Kjaer yang kembali bersama pasukan, menambah lagi pilihan pertahanan di hadapan Kasper Schmeichel.

Malah mereka mempunyai jentera tengah seimbang, iaitu Thomas Delaney, Christian Norgaard, Pierre-Emile Hojbjerg dan Eriksen.

Walau bagaimanapun,menjadi tanda tanya siappakah dalam pasukan ini akan menjaringkkan gol kerana tiada penyerang yang menyerlah. Kasper Dolberg kurang konsisten, manakala Yussuf Poulsen dan Martin Braithwaite pula,secara purata menjaringkan satu gol dalam setiap enam perlawanan antarabangsa.

Sementara itu, pemain mewakili Tunisia kali ini cukup berpengalaman hebat, seperti penjaring gol terbanyak Wahbi Khazri dan kapten Youssef Msakni, selain bakat mudas eperti Hannibal Mejbri.

SKUAD 26 PEMAIN DENMARK

  • GK: Kasper Schmeichel,
  • GK: Oliver Christensen,
  • GK: Frederik Ronnow,
  • DF: Simon Kjaer,
  • DF: Joachim Andersen,
  • DF: Daniel Wass,
  • DF: Joakim Maehle,
  • DF: Andreas Christensen,
  • DF: Rasmus Kristensen,
  • DF: Jens Stryger Larsen,
  • DF: Victor Nelsson,
  • DF: Alexander Bah,
  • MF: Thomas Delaney,
  • MF: Mathias Jensen,
  • MF: Christian Eriksen,
  • MF: Pierre-Emile Hojbjerg,
  • MF: Christian Norgaard,
  • FW: Yussuf Poulsen,
  • FW: Andreas Skov Olsen,
  • FW: Jesper Lindstrom,
  • FW: Andreas Cornelius,
  • FW: Martin Braithwaite,
  • FW: Jonas Wind,
  • FW: Kasper Dolberg,
  • FW: Robert Skov,
  • FW: Mikkel Damsgaard,

 

SKUAD 26 PEMAIN TUNISIA

GK: Aymen Dahmen

GK: Mouez Hassen

GK: Aymen Balbouli

GK: Bechir Ben Said

DF: Mohamed Drager

DF: Wajdi Kechrida

DF: Bilel Ifa

DF: Montassar Talbi

DF: Dylan Bronn

DF: Yassine Meriah

DF: Nader Ghandri

DF: Ali Maaloul

DF: Ali Abdi

MF: Ellyes Skhiri

MF: Aissa Laidouni

MF: Ferjani Sassi

MF: Ghailene Chaalali

MF: Mohamed Ali Ben Romdhane

MF: Hannibal Mejbri

FW: Seifeddine Jaziri

FW:Naim Sliti

FW: Taha Yassine Khenissi

FW: Anis Ben Slimane

FW: Issam Jebali

FW: Wahbi Khazri

FW: Youssef Msakni